Entry Owner Affies
Greyson Chance dan Najwa Latiif sudah berkawan baik
Sunday, 13 November 2011 // 0 comments





Ramai dah tahu, dua-dua figura muda remaja ni memilih jalan yang sama, berkongsi minat & ekspresi muzik mereka pada dunia menerusi YouTube. Bahkan kedua-duanya sekarang ni, bintang  terhangat dipasaran! Malah pada Sabtu ni, mereka bakal berduet di malam kemuncak segala-galanya Anugerah Industri Muzik (AIM 16), sabtu ini.  Tapi mungkin juga ramai belum tahu, dua-dua khabarnya dah jadi kawan baik dan saling mengagumi antara satu sama lain.


Sementelah momen itu tercipta semalam, kira-kira jam 6.30 petang sewaktu di sesi latihan untuk persembahan majlis yang boleh dikata sebagai anugerah ‘Grammy Malaysia’ tu nanti, buat pertama kali Najwa Latif dan Greyson Chance dipertemukan.


“Saya tahu dia. Saya pernah tengok video dia dan saya suka!  Dia sangat sweet. Saya sangat teruja nak jumpa dia. Kami akan duet di AIM nanti. Kami akan buat medley dan harap-harap lagu yang kami nyanyikan adalah didalam bahasa Inggeris. Tapi saya tak mahu kongsi apa-apa tentang  persembahan kami, rahsia...”, itu reaksi  hitmaker Waiting Outside The Line ni apabila ditanya apakah dia sebelum ni tahu siapa gerangan pasangan duetnya itu, sewaktu sesi sidang media, di Hotel J.W. Marriot, petang semalam.


Greyson yang berkunjung ke sini sempena rangka promosi debutnya, Hold On Till The Night akan membuat persembahan showcase live di KL Life Center pada malam ini jam 8.30 malam. Selain turut menghiburkan peminat-peminatnya di 1BORNEO Hypermall, Gourmet Lane, Kota Kinabalu, Sabah, pada 17 November depan.


Sementara berbeza perasaan bagi si pelantun Cinta Muka Buku, Najwa, sebab katanya di beberapa minit awal bertentang mata dengan Greyson, dia  gementar. Namun rasa itu semakin hilang apabila melihat sikap Greyson yang sangat peramah. Menyifatkan Greyson sebagai seorang  budak baik, berbakat, berani dan best!, Najwa turut berkongsi pengalaman pertamanya bertemu Greyson.


“Mula-mula tu saya rasa takut. Tapi bila dia dulu yang tegur saya, “hi Najwa!, nice to me you. I’m super excited!” , saat tu gementar saya makin hilang, ujar Najwa ketika dihubungi MD, malam tadi. 


“Tak sangka dia seorang yang banyak cakap. Dalam jangka masa pukul 6.30 hingga 8 malam tu, sambil berlatih, kami banyak berborak dan terus jadi macam seolah-olah dah kenal lama”.


“Dia asyik cakap dia suka suasana kat sini. Dia cerita pengalaman dia, masa sampai kat KLIA, dia pelik sebab asyik nampak pokok jer, dia tertanya-tanya mana banggunan. Kemudian masa sampai KL baru nampak banyak banggunan”.


Dia cerita pengalaman dia stay kat hotel kat sini. Ada sekali tu dia tengah guna hair drayer ntah cam mana, hair dryer tu tiba-tiba terbakar”.


Selain tu dia cakap, dia tanya mak dia, orang Malaysia ni kalau sakut jaket kat bahu sebelah kanan ke kiri? So, itu sikit sebanyak perkara yang kami borakkan lah”.


“Boleh kata kami dah jadi kawan lah. Saya memang dah follow dia di Twitter dan dia pun baru jer tadi  (semalam) follow saya kat Twitter”.


“Tadi (semalam) masa reheasal, saya ada buat silap sikit, lepas tu Greyson cakap kat saya jangan nervous, releks. Tadi pun masa sebelum balik, dia pesan supaya saya jangan nervous dan rehat secukupnya”.


Esok (hari ni), kami akan buat reheasal lagi. Kalau ada masa saya akan ajar dia cakap bahasa Melayu cam “nama saya...”, “saya sayang Malaysia...”, ujar Najwav lagi dengan panjang lebar.


Difahamkan persembahan pada malam esok, Najwa & Greyson masing-masing akan menyanyikan single hits mereka kemudian mereka akan berduet lagu Paparazzi dan nantikan kejutan dari pada mereka, tunggu...!


P/S artikel ni kawan Nik yang bagi..Check sini >KLIK SINI<

« OLDNEW »